Penyerahan Dua Bot Laju TM

Print PDF

JOHOR BAHRU 13 Jul – Maritim Malaysia  Wilayah Selatan menerima dua buah bot laju dari TELEKOM MALAYSIA BHD dalam usaha untuk menjaga kabel dasar laut di perairan Johor. 

Majlis penyerahan bot PETIR 10 dan PETIR 11 diadakan di Regency Hotel The Zone,  Stulang Laut disaksi oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Amdan bin Kurish dan Ketua Pegawai Eksekutif TELEKOM MALAYSIA.

Kerjasama dua hala ini antaranya bertujuan bagi mengawal kerosakan yang sering berlaku ke atas kabel dasar laut milik TELEKOM MALAYSIA akibat daripada aktiviti-aktiviti kapal yang bersauh di perairan Pengerang, Johor. 

Sumber Rasmi:  http://www.mmea.gov.my/index.php/en/berita-terkini/68-aktiviti/3159-penyerahan-dua-bot-laju-tm.html